Wednesday, 2 March 2016

IIUM TAARUF THROWBACKK ! Part I

Hai , jenuh pikir apa nak update and then suddenly terpikir nak post pasal something yang memang dah lama dalam hati ni nak tulis tapi confirm confirm benda ni akan jadi panjang meleret dan buat orang menyampah nak baca termasuk aku bila nak baca balik hahahahha . Ok so nak simple kan cerita , malam ni ingat nak buat major throwback zaman mula mula masuk uia . Oh my , cakap macam aku dah tua , ye lah dah tua la kiranya sebab dah 19 , budak budak nak dapat result spm nak masuk u dah pun . Kira dah dekat setahun aku jadi budak u . So , kita mula dengan mula mula isi upu. 



Masa mula mula isi upu letak semua diploma dan kebanyakan upsi dengan tak silap uitm . Semua yang aku apply tu semua yang aku boleh kata so so  50-50 minat . Yang paling bawah sekali aku letak Uiam (Asasi Sains Kemanusiaan) dan aku pun tak tahu apa benda menatang course ni . Aku cuma letak last sekali sebab aku rasa macam nak letak last , dan macam 'wajib' letak dia last sekali . Lepastu , aku letak uia ni sebab aku rasa mcm gah la jugak nama uni ni sebab full name uni ni Universiti Antarabangsa Islam Malaysia dan aku rasa macam hebat ada perkataan "antarabangsa" kat situ . Macam tak logik kan ? hohoho . 


so lepas tunggu lama jugak upu process , ni dia hasilnya 





jeng jeng jeng






So itu dia , dapat uia . Menangis tak berlagu sebab ingatkan dapat la UPSI sebab memang pulun habis Diploma Bahasa Inggeris siap pergi dia punya interview ujian grammar semua bagai malangnya tak sangkut pulak . Ok move on takde rezeki la tu .


Pendaftaran untuk uia tak silap aku masa tu 30/05/2015 . Kalau tak silap la . Nak dijadikan cerita , aku punya tak nak masuk uia , aku buat perangai seminggu sebelum daftar uia . Aku langsung tak sentuh apa pun baju aku nak packing , buat dek je . Ingat lagi mama yang packing semua barang aku dua hari sebelum register . Hahahhahaha , kesian mama dapat anak dara macam aku punya manja nak mati dengan pemalasnya . Mama , la yang susah payah carikan kain putih tudung putih sebab student uia wajib pakai untuk sesi taaruf nanti . Thank you mama susah payah layan anak dara gedik ni.




So when the day comeeeeee



Ahlan wasahlan !





Registration Day


Yang ni tak silap aku masa nak hantar semua borang , dokumen dokumen apply biasiswa semua . Hari pertama dah pakai tudung putih kain putih .Baju tu semua sama sebab uia kasi dan kitaorng kena pakai tiga hari berturut turut taaruf . Ye ke ? aku pun tak ingat dah . Btw aku tak suka baju tu , aku nampak lagi gemuk kot huhuhuuhu




Mahallah Aisyah

SEEEE THAT S MY DORM CAN YOU BELIEVE IT ?!


Well , mula mula terkejut beruk la jugak dapat dorm yang ini . Nampak memang lama and nampak scary creepy gila kan . Tapi nak bagitahu ni , ni la satu satunya peninggalan kenangan uia yang paling lama . Dorm ni takde problem pun , wifi jangan cakap la kemain laju nak mati . Bilik air je yang macam ermmm zaman kuno .Sekarang mahallah ni dah tutup dah , takde students duduk dah sebab nak bagi mahallah ni utk koleh university malaya pulak .  Tapi serious cakap mahallah ni bersih , cleaner buat kerja tip top tak macam mahallah yang baru ni . ermm ehem ehem 


Ok habis cerita pasal registration kita cerita pasal roomate pulak . Ni la semua roomate aku sampai sem sekarang . Cuma Hanan dengan mira je kena pindah bilik lain sebab mahallah office main random je pick . But still roomates dalam hati yo !




dari kiri : Mira , najihah gedik , Hanan , Intan and Hanis



erm , kulit bersih cerah tak macam sekarang hohohoho


masa kena beratur tengah panas , kitaorang ngelat duduk kehkehekehe


baju biru tengah tuuuu huhuhuuhu

Ada lagi sorang roomates nama dia Aimi tapi masa ni dia takde . So sorry aimi takde gambo ko untuk taaruf hahahhaha'

Nak bagitahu ni , uia punya taaruf la paling best ! Tak macam uitm sebab kitaorang punya orientasi islamik punya . Takde mcam uni lain kena bangkit awal kalau tak kena marah dengan kakak fasi ke apa , kitoarang punya activity orientasi kena dengar talk , talk , dan talk . Paling penting kena hafal lagu iium . Tu je tak penat pun . Ada yang lek lek je ngelat pun ada sebab bukan diorang buat sportcheck pun so enjoyyy .


Dua hari lepas taaruf dapat la matric card . Erm jangan gelak k 

Sazuani hoohohoho


Saje masa isi nama dalam borang matric card nak nama sazuani supaya lembut sikit . Serious kalau orang panggil aku najihah automatik aku jadi kasar , tegas . Bila sazuani , jadi lembut lagi lagi kalu orag panggil 'wani' . Tapi tak semua orang panggil sazuani , semua panggil najihah . Roomates je panggil wani huuhhuhuu

So tu je kot throwback taaruf part one . Insyaallah throwback part dua esok sambung . Selamat malam , laila saidah :). 





No comments:

Post a Comment