Sunday, 13 July 2014

PALESTINE SAVE GAZA !


ALLAHU AKHBAR !

DOAKAN IANYA BERAKHIR 










Thursday, 10 July 2014

Subuh Palestin

Subuh menjelma lagi
Azan sayup sayup memanggil
Dirikan lah solat
Mari menuju kejayaan
Tanpa sedar
Kita tinggalkan
Ibarat ianya tiada apa erti sedikit pun
Lebih lena di atas katil
Palestin untuk tidur
Adalah perkara mustahil

Di sana
Ribuan manusia di Palestin
Mengharapkan doa kita
Mereka ketakutan
Memang sudah tersurat ajal akn dtg
Tapi bukannya mati dengan cara bgitu
Mereka juga mahukan sepert kita
Mati di atas pembaringan yg indah

Letupan
Tembak menembak
Di sana dan di situ
Menjerit
Allahu Akhbar !
Darah memercik lagi
Memohon ianya diberhentikan
Sebelum menutup mata
Hanya mampu berdoa perlahan
Ianya Bumi Palestin akan bebas

Anak kecil menangis
Mencari bonda
Ketakutan datang pabila dia berjalan seorang diri
Serba salah hatinya
Andai ke depan mungkin dibunuh
Undur ke belakang mungkin dibom
Ke kiri mungkin ditembak
Ke kanan mungkin dilanggar
Menangis lagi
Memohon ehsan
Membesar dlm ketakutan
Takut mendorong menjadi berani
Seusia 6 tahun sudah pandai mngendong senjata
Membalas Israel berhati binatang !

Sedarlah
Kita di sini tidaklah sesusah mereka
Mereka jika diberi pilihan
Mahu menjadi pelarian utk ke sini

*hari ni ambik report card . Ok nk gosok baju . Bye !

Saturday, 5 July 2014

4 Bulan Lagi Penentu

Assalamualaikum . Untuk entry bulan puasa ni rasanya nak share sikit apa yang jadi baru baru ni . Sepanjang 17 tahun hidup ni , rasanya aku tak pernah jatuh teruk macam ni . Bukan nak bermegah atau riak , tapi boleh dikatakan dalam family aku anak yang pandai. Tapi , benda tak kekal lama. Tahun ni , memang nampak teruk sangat result aku . Macam tak percaya result aku sampai 3 fail . Aku malu . Serious malu . Pertengahan tahun result aku memang teruk . Aku tak nak dah macam ni . TAK NAK TAK NAK ! AKU BUKAN BODOH  , TAPI AKU MALAS .
Aku rasa mcm bodoh bila kawan discuss aku macam blur . Sampai diorang kena ajar banyak kali bagi paham . Dulu aku tak macam ni . Dulu masa form 4 aku boleh dikatakan pelajar pandai dalam kelas . Cikgu Habsah kata aku tak layak ada dekat kumpulan hijau dua. Patutny aku dekat golongan budak pandai ' kumpulan biru ' .
Ya Allah dugaan datang bertubi tubi . Tahun ni nak ambik spm tapi macam macam masalah timbul . Serious ckp stress sampai ada satu masa niat nak berhenti perjuangan menuntut ilmu . Hilang kawan , , result teruk . Sampai termimpi mimpi . Nampak sgt stress nyaa kan ?
Tapi Yoges cakap aku tak nampak stress . Aku nampak macam tak ada problem . Tapi actually aku terluka , try to be strong sebab kakak ckp
' kawan takkan bawak kita masuk u , kita yang kena usahaa sendiri '
Kuat kuat najihah . 4 bulan lagi dan bebas selepas ni . Ada masa untuk pulun balik .
Ya Allah , aku redhaa dgn dugaan ini . Jika ini satu pengajaran aku redha . Bantu hambamu ini berjaya. Dear readers doakan diri ini . Andai ada readers yang membaca , maafkan diri ini . Aku hanya manusia yang cuba memperbaiki diri .