Wednesday, 31 December 2014

SALAM 2015

Assalamualaikum . Hai hai happy new year ! Dah 2015 , so officially dah 18 . Yeayyyy , even padahal baru 17 tahun 27 hari . Hahahhaa 😂😂😂😂😂

Alhamdulilah , hari ni rezeki banyak baik . amma appa , tengok tak berita minyak turun harga kot . Beza ron 97 dengan ron 95 bape kupang je . Untung ni kalau isi motor aku pakai ron 97 . Hahahhha 😁😁😁😁 . Seronok gila 😉😉

Ok back to the story . 2014 dah habes , kira aku bukan lagi budak sekolah . dah boleh masuk minang sape yg nak - Tu mak aku yang cakap bukan aku cakap ehhhhh . Hahahha . Ok kira kalau nak revise balik 2014 , nak menerobek memang banyak kesah nya pun . Tahun 2014 aku belajar beberapa benda .

1)Never trust people easily .
  - Kira 2014 ajar aku jangan mudah berkongsi rahsia dengan kawan kawan  kau sebab tak semua boleh percaya . tak kira la kawan ke apa ke orang tepi jalan ke kau jangan mudah percaya .

2)Dengar cakap orang tua
well basically tahun 2014 aku banyak melawan cakap mama abah . lol dah la ambik SPM pastu derhaka pulak . hahaha anak tak guna betul aku ni . Hahaha tak pasal pasal jatuh accident sebab degil mama tak bagi keluar nak jugak keluar 😅😅 . Lagi satu , aku dah kurang makan maggi dah . Bila ada orang tu bajet je nasihat kita jangan makan maggi . so dengar je la 😉😉

3)Kejujuran itu kadang perlu kadang tak
Ha bab ni memang susah kat aku . sebab aku dah basically semua kenal mulut laser bak ang . Sekali kau kena laser kau rasa nak rawat balik susah hahahhahahaha . mana taknya aku dri kecik dah memang jujur. Jarang la menipu kecuali selalu tipu mak aku nak buat hw padahal duk bilik main phone . 😆😆😆 muehehhehehe

4)Solat
Lol , bab ni susah kot . Akulah manusia paling liat nak solat subuh . Sebab aku malehh betul nak bangun . Kadang abah tutup kipas pasang lampu aku buat keras aku je . Sampai satu hari tu aku mimpi naik kapal yg eeghhh memang ngeri la mimpi tu trus insaf . 😐😐

Ok tu je kot lesson aku learnt . Last last ada lagi

5)Cari orang yang kau rasa suit utk kau
Tak kira la kawan ke pakwe ke kau kena pastikan yg dia ada chemistry ngn kau . Aku tak belajar chemistry jgn tanya natang menda nak cari chemistry tu apa . aku cuma cari yg senang pembawaan dengan aku . yg boleh tentang mata , anak mata tak lari bila cakap . well aku suka kejujuran n satu lagi tak suka org cakap tak habes sebab nanti aku teringat ringat . Hahahha , btw aku dah jumpa sorang mamat yg aku rasa agak kena la jugak dengan aku . Kira ada sense of humour yg buat aku rasa macam tak bosan . Kadang kan bila org ws aku berderet deret aku seronok , tapi tang nak balas panjang panjang cam dema aku tak rasa nak balas macam tu sebab 'feel' takde . hahahha .

Ok ok , tu dah dah . Nak keluar pi mydin . Well bye bye 17 , aku belajar banyak menda . Kira bersyukur muda muda dah belajar banyak menda . malam kang aku update wish list la . 😃😃😃 daaaaaa

p/s good luck final annoying . 😉😉

Sunday, 28 December 2014

SELAMAT TINGGAL 2014

Assalamualaikum .

Lamanya tak update blog . KIra dah dekat 2 Bulan . Al maklum al paham la sibuk nak SPM , dalam satu masa jugak nak tolong kakak bertunang . Hahaha , aku ni menyibuk je . So , ada masa cuti ni aku ingat nak isi masa berblogging . Hmm , sedih kot rasa bila mama macam tak bagi aku kerja . Mungkin la sebab bila aku kerja , siapa nak ambik dia balik kerja ? Mama bukan reti bawak kereta pun , motor jangan cakaplah . So , jadi anak dara tunggu laki meminang arr . muehehhehehe 😹😹😹

Rasa macam tak percaya 2014 nak habes dah . tinggal 3 hari je lagi ini bermaksud aku da 18 yuuhuuuu . Tak de lah best mana , sebab rindu nak bersekolah balik . Bila tengok budak budak kecik beli baju sekolah , time tu la aku teringat zaman kegemilangan aku . ye ye je aku ni 😹😹😹😹

Dah la aku mengantuk balik , tak de apa nak cerita pun . semua masih sama . hahahhaa , sabarlah ye ek  , aku ada entry best aku upload kat blog . daaaaaa

Tuesday, 4 November 2014

SPM

Esok paper math
Dua kertas dah selesai
Esok harap A jugak
Bm A
Bi A
Jadi kalau campur esok pum dah 3A
Harap sgt
Good luck
Hahhahaha
K tata

Sunday, 13 July 2014

PALESTINE SAVE GAZA !


ALLAHU AKHBAR !

DOAKAN IANYA BERAKHIR 










Thursday, 10 July 2014

Subuh Palestin

Subuh menjelma lagi
Azan sayup sayup memanggil
Dirikan lah solat
Mari menuju kejayaan
Tanpa sedar
Kita tinggalkan
Ibarat ianya tiada apa erti sedikit pun
Lebih lena di atas katil
Palestin untuk tidur
Adalah perkara mustahil

Di sana
Ribuan manusia di Palestin
Mengharapkan doa kita
Mereka ketakutan
Memang sudah tersurat ajal akn dtg
Tapi bukannya mati dengan cara bgitu
Mereka juga mahukan sepert kita
Mati di atas pembaringan yg indah

Letupan
Tembak menembak
Di sana dan di situ
Menjerit
Allahu Akhbar !
Darah memercik lagi
Memohon ianya diberhentikan
Sebelum menutup mata
Hanya mampu berdoa perlahan
Ianya Bumi Palestin akan bebas

Anak kecil menangis
Mencari bonda
Ketakutan datang pabila dia berjalan seorang diri
Serba salah hatinya
Andai ke depan mungkin dibunuh
Undur ke belakang mungkin dibom
Ke kiri mungkin ditembak
Ke kanan mungkin dilanggar
Menangis lagi
Memohon ehsan
Membesar dlm ketakutan
Takut mendorong menjadi berani
Seusia 6 tahun sudah pandai mngendong senjata
Membalas Israel berhati binatang !

Sedarlah
Kita di sini tidaklah sesusah mereka
Mereka jika diberi pilihan
Mahu menjadi pelarian utk ke sini

*hari ni ambik report card . Ok nk gosok baju . Bye !

Saturday, 5 July 2014

4 Bulan Lagi Penentu

Assalamualaikum . Untuk entry bulan puasa ni rasanya nak share sikit apa yang jadi baru baru ni . Sepanjang 17 tahun hidup ni , rasanya aku tak pernah jatuh teruk macam ni . Bukan nak bermegah atau riak , tapi boleh dikatakan dalam family aku anak yang pandai. Tapi , benda tak kekal lama. Tahun ni , memang nampak teruk sangat result aku . Macam tak percaya result aku sampai 3 fail . Aku malu . Serious malu . Pertengahan tahun result aku memang teruk . Aku tak nak dah macam ni . TAK NAK TAK NAK ! AKU BUKAN BODOH  , TAPI AKU MALAS .
Aku rasa mcm bodoh bila kawan discuss aku macam blur . Sampai diorang kena ajar banyak kali bagi paham . Dulu aku tak macam ni . Dulu masa form 4 aku boleh dikatakan pelajar pandai dalam kelas . Cikgu Habsah kata aku tak layak ada dekat kumpulan hijau dua. Patutny aku dekat golongan budak pandai ' kumpulan biru ' .
Ya Allah dugaan datang bertubi tubi . Tahun ni nak ambik spm tapi macam macam masalah timbul . Serious ckp stress sampai ada satu masa niat nak berhenti perjuangan menuntut ilmu . Hilang kawan , , result teruk . Sampai termimpi mimpi . Nampak sgt stress nyaa kan ?
Tapi Yoges cakap aku tak nampak stress . Aku nampak macam tak ada problem . Tapi actually aku terluka , try to be strong sebab kakak ckp
' kawan takkan bawak kita masuk u , kita yang kena usahaa sendiri '
Kuat kuat najihah . 4 bulan lagi dan bebas selepas ni . Ada masa untuk pulun balik .
Ya Allah , aku redhaa dgn dugaan ini . Jika ini satu pengajaran aku redha . Bantu hambamu ini berjaya. Dear readers doakan diri ini . Andai ada readers yang membaca , maafkan diri ini . Aku hanya manusia yang cuba memperbaiki diri .

Saturday, 31 May 2014

MAJLIS KESYUKURAN + MERISIK

Assalamualaikum

Hai hai hai korang , -,-
Rindu gila nak berblogging padahal baru dua hari lepas update entry baru . So macam kome tengok kat atas tu , harini ni nak post entry pasal kenduri . Actually kenduri ni dah lama , kalau tak silap 2 minggu lepas . Sebelum kome pikir ke arah lain , meh aku explain yang kenduri ni pasal Majlis Kesyukuran bukannya aku merisik atau tunang k ! Suka suka je gembar gemburkan. Haha -,- . Kakak Jia yang merisik bukannya jiha k . Back to the story , majlis ni buat untuk abang sempena dia dapat kerja jadi Ustaz . That make me so proudddd . So , sekali nak jimat bajet , mama dgn abah cadang nak buat majlis merisik . Lagipun kakak dah layak jadi bini orang . Kikiki :p Memandangkan abang time ni pergi kursus , kami 3 adek beradek perempuan yang uruskan semua . Penatnya , Tuhan je yang tahu .

So tak nak cerita panjang dah . Meh tengok gambar

Itu antara rakan rakan artis yang memeriahkan majlis . Kehkeh mesti dema perasan gila . Hahaha , ok itu sahaja . Terima kaseh sgt kpda semua yang sudi dtg . Pada yg x dijemput , mintak maaf sgt sgt . Bnyk bnda yg kena uruskan . K tata!

Thursday, 29 May 2014

Cuti cuti Malaysia

Bosan

Tak jalan
Duduk rumah
Kawan pergi holiday
Aku main phone
Rindu dia
We chat tak boleh bukak
Sedih
Nasib baik wassup ada
Aku wassup dgn abg sendiri
Bosannya
Apakah ini semua ?
Apa aku tulis ni
Mama nak pi holiday
Pleaseee

Sunday, 4 May 2014

Mid Year Exam

Assalamualaikum Hye you all 
Ceh , macam ramai je follower aku . Haha . Ok malam ni mata memang nak degil . Siapa suruh kau tido petang tadi najihah oiii ! Haha , serve your right . Maju betul teknologi sekarang , aku update blog pakai phone je . Dah tak   payah nak bukak laptop bagai . Bila bukak laptop mata mula mengantuk . Cakap je la kau malas. Kan senang . Untuk entry kali ni pasal studyy . Study ? Aku satu apa pun tak study lagi . Yang aku dok baru buat sejarah tiga dgn ekonomi . Aihh , bape patah je aku tulis .
Nah abah kauu . Tengok , serabutt . Adoii , rabu ni periksa pulak . Patutnya khamis tapi dah cikgu sibuk nak sambut hari guru diorang , kitaorg yg terpaksa menerima dengan redhanya . Haihh . Yang aku buat sekarang tengok cover buku je , dalam tak tengok pun . Haha
Account cover kau lawa . Please la be nice with meeee
Wuu , banyaknya buku aku . Sape nak pinjam ?
Haha , anyone tolong kemaskan ? Bila lah aku nak insaf . Spm bpe bulan je . Alep dgn syiqin pun dag insaf . Haihh , kalau tak diorg la kaki online , aku skrg yg kena badi tu balik . Haha ==' Ok ok . Aku rasa tu je kot . Minggu ni study week . Lagi dua minggu kenduri . Nanti aku update pasal kenduri . Tata

Friday, 28 March 2014

The First Of Entry :D

Assalamualaikum . Thanks Ika , tolong buat blog ni kalau tak sampai bila lah aku tak berjaya- jaya gak buat blog , Hehehehehe :D . Untuk entry yang pertama ni , let me introduce my self dulu . Poyo pulak rasanya speaking padahal kat sekolah bila exam English nak dapat A pun susah . Muahehhehe . Sebenarnya , dari dulu lagi nak buat blog ni , tapi selalu tak berjaya . Tak tahu lah sebab apa . Bila dah susah – susah log in , mulalah dia buat hal .

“You enter incorrect Password “
“This is invalid Account”

Cehh , ni yang paling menyampah . Sampai satu masa tu tangan ni nak je baling laptop walaupun laptop ni tak de pun salah apa . Ok , balik pada cerita sebab nampaknya dah melalut banyak . Senang cerita , mulai First entry ni saya akan membahasakan diri saya Jia sebab nampak mesra kan ? Hehe . Back to the story , Tadi beria-beria sangat nak introduce diri sekarang tiba masanya . Roll it ke bawah:

Nama : Najihah Sazuani Binti Mohamed Rosli
Tarikh Lahir : 5 December 1997 ( SPM tahun ni !)
Tempat Lahir : Hospital Besar Ipoh
Keturunan: Kemboja
Bilangan Kucing : 9 ekor
Cita-cita: Cikgu
Hobi : Banyak sangat
Favourite colour : Kelabu , turqoise , Merah , Ungu
Suka : Mathematics , Sejarah , English , Syamsul Yusof , Kwangsoo , Cakap Non stop , Menyanyi
Tak suka : Manusia Hiporit
Inspire : My super Mama !

Ok tu je kot . Sebab rasanya nanti lama kelamaan korang akan kenal gak Jia ni orangnya macam mana sebab kalau Jia sendiri yang describe diri sendiri nanti benda baik je tulis , benda jahat tak nak tulis . Hehehe . Paham-paham je lah manusia kan tak nak tunjuk kelemahan dia . Takpe memandangkan ini first entry , tunjuk satu je gambar Jia . Tapi gambar ni , tak tunjuk muka lah sebab malu lerr , hehe. Tapi entry yang akan datang , Jia akan selalu update cerita and gambarnya sekali baru la best . :D Bye!



Hehhe , Gambar masa Form 4 :D