Assalamualaikum . Untuk entry bulan puasa ni rasanya nak share sikit apa yang jadi baru baru ni . Sepanjang 17 tahun hidup ni , rasanya aku tak pernah jatuh teruk macam ni . Bukan nak bermegah atau riak , tapi boleh dikatakan dalam family aku anak yang pandai. Tapi , benda tak kekal lama. Tahun ni , memang nampak teruk sangat result aku . Macam tak percaya result aku sampai 3 fail . Aku malu . Serious malu . Pertengahan tahun result aku memang teruk . Aku tak nak dah macam ni . TAK NAK TAK NAK ! AKU BUKAN BODOH , TAPI AKU MALAS .
Aku rasa mcm bodoh bila kawan discuss aku macam blur . Sampai diorang kena ajar banyak kali bagi paham . Dulu aku tak macam ni . Dulu masa form 4 aku boleh dikatakan pelajar pandai dalam kelas . Cikgu Habsah kata aku tak layak ada dekat kumpulan hijau dua. Patutny aku dekat golongan budak pandai ' kumpulan biru ' .
Ya Allah dugaan datang bertubi tubi . Tahun ni nak ambik spm tapi macam macam masalah timbul . Serious ckp stress sampai ada satu masa niat nak berhenti perjuangan menuntut ilmu . Hilang kawan , , result teruk . Sampai termimpi mimpi . Nampak sgt stress nyaa kan ?
Tapi Yoges cakap aku tak nampak stress . Aku nampak macam tak ada problem . Tapi actually aku terluka , try to be strong sebab kakak ckp
' kawan takkan bawak kita masuk u , kita yang kena usahaa sendiri '
Kuat kuat najihah . 4 bulan lagi dan bebas selepas ni . Ada masa untuk pulun balik .
Ya Allah , aku redhaa dgn dugaan ini . Jika ini satu pengajaran aku redha . Bantu hambamu ini berjaya. Dear readers doakan diri ini . Andai ada readers yang membaca , maafkan diri ini . Aku hanya manusia yang cuba memperbaiki diri .
No comments:
Post a Comment